Berita Berita
'Polis pun kecewa' - Saifuddin akui wujud kelompongan undang-undang sukarkan pendakwaan kes spa songsang Chow Kit
KUALA LUMPUR 9 Feb - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui wujud kelemahan dalam peruntukan undang-undang sedia ada yang menyukarkan tindakan lanjut diambil terhadap individu ditahan dalam serbuan pusat spa di Chow Kit, November lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu berpunca daripada kelompongan perundangan khususnya di bawah Kanun Keseksaan, sekali gus mengekang usaha pendakwaan walaupun pelanggaran undang-undang jelas berlaku.
"Kita sedar, memang ada kelompongan perundangan. Saya akui dan tak mahu ada sindrom penafian bagi menangani aktiviti tak bermoral sebegini.
"Apabila diberikan taklimat pasukan polis, mereka pun agak kecewa kerana terang-terang berlaku pelanggaran, tetapi ada juga kelompongan perundangan, dan di sinilah tempat kita memperkemaskannya.
"Maka, saya segera mengarahkan langkah proaktif untuk semak semula dan perkukuh kerangka perundangan sedia ada, segera.
"Ini tak perlu ada pertimbangan apa-apa, khususnya Kanun Keseksaan bagi memastikan aktiviti songsang seperti ini yang bertentangan dengan norma moral dan ketenteraman awam tak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya ketika sesi pengulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan seramai 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Chow Kit dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.
Menurut beliau, ketiadaan pengakuan mangsa menyebabkan siasatan mengikut Seksyen 377 (persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.
Dalam serbuan berkenaan, seramai 208 individu ditahan termasuk 17 penjawat awam, selain rampasan kondom serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.
Saifuddin berkata, cadangan menyemak semula serta memperkukuh kerangka perundangan sedia ada kini sedang diperhalusi sebelum dikemukakan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.
"Bagi peruntukan Kanun Keseksaan, ia memerlukan Menteri Undang-Undang yang bawa (ke Parlimen), polis hanya kuatkuasakan sahaja. Jadi usaha penambahbaikan ini, kita akan laksanakan dengan teliti bagi mengimbangi keperluan ketenteraman awam, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan," katanya.
Berita berkaitan
February 11, 2026, 10:11 am
Lima daerah di Kedah dilanda cuaca panas tahap satu
February 11, 2026, 10:02 am
Lebih 21,000 remaja bawah 19 tahun hamil luar nikah sejak 2019
February 11, 2026, 9:52 am
Api marak subuh, dua keluarga hilang tempat berteduh di Baling
February 10, 2026, 9:41 pm
Persidangan CLEA 2026 himpunkan pakar undang-undang antarabangsa di Kuala Lumpur, April ini
February 10, 2026, 9:33 pm
Kes tibi meningkat hampir 10 peratus, 2,571 kes dilaporkan awal 2026
February 10, 2026, 8:58 pm
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
February 10, 2026, 4:27 pm
Kerajaan, Azam Baki digesa jawab segera dakwaan pemilikan saham – Puad Zarkashi
February 10, 2026, 4:20 pm
Dua budak bawah tiga tahun dilaporkan hilang ditemui di 'rooftop' apartmen Saville Kajang
February 10, 2026, 3:49 pm
“Tiada apa hendak disembunyikan” – Azam Baki pertahan pemilikan saham RM800,000
February 10, 2026, 3:36 pm
