Berita Berita
Chegubard mohon maaf, mengaku fitnah Nik Nazmi
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kes saman fitnah difailkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap aktivis politik Badrul Hisham Shaharin selesai selepas defendan membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard, ketika membacakan penghakiman persetujuan bersama, mengakui dakwaan yang dibuat terhadap Nik Nazmi adalah palsu serta tidak berasas.
"Saya menarik balik semua dakwaan terhadap YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada YB Nik Nazmi di atas rasa malu, kesusahan dan kesulitan yang mana berbangkit kepada beliau.
"Saya memberi aku janji untuk tidak akan mengulangi atau menyebarkan sebarang kenyataan atau dakwaan lanjut mengenai perkara yang sama atau mempunyai kesan serupa," katanya.
Selain itu, Badrul Hisham berkata beliau akan menurunkan atau mengeluarkan segala perkataan yang dipersoal serta pautan dalam semua akaun media sosialnya serta laman web berkenaan.
Hakim Gan Techiong kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian yang dinyatakan dalam draf persetujuan.
"Berdasarkan perintah persetujuan ini, defendan (Badrul Hisham) perlu menyiarkan video permohonan maaf di mana-mana akaun media sosialnya dalam tempoh 24 jam selepas permohonan maaf ini. Sila patuhi supaya tidak dikenakan tindakan menghina mahkamah," kata hakim itu.
Terdahulu, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Nik Nazmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian dan bersetuju dengan penghakiman persetujuan. Perkara itu turut disahkan peguam Zolazrai Zolkapli bagi pihak Badrul Hisham.
Bercakap kepada media selepas prosiding, Nik Nazmi berkata pihaknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan dan menerima permohonan maaf defendan.
Nik Nazmi memfailkan saman itu pada 15 Januari 2024 dengan mendakwa Badrul Hisham memuat naik lima kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Setiawangsa berkenaan menerusi akaun Facebook milik defendan, “Che GuBard”, pada 20 dan 29 Disember 2023 berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Plaintif mendakwa kenyataan itu antaranya membawa maksud beliau berbohong kononnya terdapat tender terbuka dalam proses perolehan projek RTB selain berlaku rasuah dalam projek berkenaan yang mengakibatkan peningkatan kos kepada RM16.6 bilion.
"Defendan berniat jahat dengan menyiarkan kenyataan itu bagi memburuk-burukkan kewibawaan dan imej saya sebagai seorang ahli politik sehingga saya berdepan dengan kecaman serta perasaan syak wasangka oleh orang awam dan penduduk di kawasan parlimen saya. Reputasi peribadi dan profesional saya juga terjejas," dakwanya dalam tuntutan saman itu.
Berita berkaitan
May 27, 2026, 9:36 am
Pemangku Sultan Johor beri jaminan sokongan penuh latihan ATM di Johor
May 27, 2026, 9:19 am
Anwar hubungi Presiden Iran, kutuk serangan ketenteraan di Asia Barat
May 26, 2026, 9:10 pm
Aliran trafik di Lebuh Raya PLUS mula perlahan menghala ke utara dan selatan
May 26, 2026, 9:05 pm
Persiapan Aidiladha bertukar cemas, warga emas 77 tahun hilang dalam kebun kelapa sawit
May 26, 2026, 8:55 pm
Muhammad Amir Sahmat letak jawatan, umum keluar PKR
May 26, 2026, 8:47 pm
