TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat lelaki OKU ditemui hampir reput dalam tandas terbengkalai di Besut

By
|
Kongsi
image

BESUT 3 Mac - Orang awam terkejut menemui mayat lelaki hampir reput di dalam sebuah tandas terbengkalai di Bukit Keluang di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan, pada 4.21 petang.

"Bertindak atas maklumat itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi penemuan mayat berkenaan.

"Lokasi penemuan mayat adalah di dalam sebuah tandas terbengkalai dan terpencil.

"Keadaan mayat mereput, dipercayai sudah meninggal dunia melebihi tujuh hari ketika ditemukan," katanya.

Katanya, hasil temu bual dengan saksi awam mengatakan si mati dipercayai seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental, yang kebiasaannya setiap hari berada di lokasi itu.

"Namun lebih kurang seminggu (OKU mental) tidak kelihatan di sekitar kawasan berkenaan.

"Temu bual juga dibuat ke atas seorang lelaki dipercayai abang si mati dan mengatakan adik beliau tidak pulang ke rumah melebihi seminggu, namun tiada sebarang laporan polis dibuat," katanya.

Katanya, mayat si mati dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

+ - reset