Berita Jenayah
Malaysia terus usaha kesan Jho Low dengan bantuan antarabangsa
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Malaysia meneruskan usaha bersama agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa bagi mengesan serta membawa pulang dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low, untuk berdepan pertuduhan di negara ini.
Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, usaha tersebut dilaksanakan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang komited bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa luar.
“Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, telah menegaskan bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan Jho Low berada di China.
“Sehubungan itu, Malaysia terus mempergiat kerjasama dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi mengesan keberadaan individu berkenaan,” jelas kenyataan itu.
JSJK turut menafikan laporan yang mendakwa Jho Low menetap di kawasan elit Shanghai menggunakan pasport Australia palsu kerana setakat ini tiada bukti sahih ditemui berkaitan dakwaan tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
Samun, acu pisau di leher anak sebelum larikan Fortuner: Suspek dicekup kurang 24 jam
May 18, 2026, 1:25 pm
Suami guru besar direman seminggu, disyaki intai murid perempuan di tandas sekolah
May 18, 2026, 8:22 am
