Berita Jenayah
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
TAWAU 22 Mei – Tindakan biadap seorang penganggur yang menceroboh masuk ke sebuah kediaman demi mengintai seorang wanita yang sedang mandi mengundang padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Taman Sri Bukit Tawau, Jalan Merotai di sini, semalam.
Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu berjaya diberkas kira-kira jam 4 petang hasil tindakan pantas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau bersama Balai Polis Bombalai.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin memaklumkan, insiden memalukan itu pada mulanya disedari oleh mangsa yang berusia 29 tahun ketika dia sedang membersihkan diri di bilik air rumahnya kira-kira jam 9.15 malam, kelmarin.
"Menerusi semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan rumah mangsa sebelum bertindak mengintainya ketika mandi.
"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek dan turut merampas pakaian yang dipercayai digunakannya semasa kejadian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hasil semakan lanjut pihak polis mendapati, suspek bukan kali pertama berdepan masalah undang-undang kerana mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah serta jenayah kekerasan yang masing-masing dilaporkan pada tahun 2013 dan 2015.
Menurut Jasmin, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut peruntukan Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan mengintai, yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
