Berita Politik
Najib pesan BN jangan berpecah, perjuangan mesti dipertahankan
KUALA LUMPUR 12 Sept – Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menitipkan pesanan agar parti-parti komponen terus mempertahankan warisan perjuangan gabungan itu dan tidak berpecah kerana perpecahan hanya akan melemahkan BN.
Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong, nasihat yang disifatkannya “sangat menusuk jiwa” itu disampaikan sendiri oleh Najib ketika beliau bertemu bekas Perdana Menteri berkenaan semasa prosiding kes di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Choo Seong yang juga Ketua Penerangan Pemuda MCA turut menyindir dakwaan kononnya kunjungan beliau ke mahkamah sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada parti.
“Hari ini saya ke mahkamah bukan untuk mengucap ‘selamat tinggal’, tetapi dengan penuh doa dan harapan menanti detik untuk berkata, ‘Selamat kembali’ kepada Datuk Seri Najib.
“Pesan beliau menusuk jiwa iaitu warisan perjuangan BN mesti terus dipertahankan. Inilah amanah, inilah semangat perjuangan, bersatu kita teguh bercerai kita roboh!” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pada Selasa lalu, portal berita Malaysiakini melaporkan kunjungan pucuk pimpinan MIC yang diketuai Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sehari sebelumnya telah mencetuskan spekulasi bahawa parti itu bersedia meninggalkan BN.
Menurut sumber yang mengetahui pertemuan berkenaan, kepimpinan MIC dilapor memaklumkan hala tuju parti kepada Najib dan pertemuan hampir sejam itu dianggap sebagai ucapan ‘sayonara’ kepada BN.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden, Datuk M Asojan; serta Setiausaha Agung, Datuk S Ananthan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa gabungan itu mungkin diperkukuhkan dengan penyertaan lebih banyak parti termasuk MIC dan MCA, membentuk ‘PN Plus’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan juga dilaporkan menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Sabtu lalu, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepimpinan UMNO.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
