Berita Politik
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
SEREMBAN 27 April – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pentadbiran kerajaan negeri akan terus berjalan seperti biasa sepertimana titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir agar beliau meneruskan tugasnya.
Perkara itu dimaklumkan selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan negeri, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri berkenaan.
Menurut Aminuddin, beliau telah menghadap dan mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi tersebut.
“Selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh kerajaan negeri, pentadbiran akan terus berfungsi seperti biasa bagi memastikan urusan kerajaan berjalan lancar dan kepentingan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam sidang media di kediaman rasmi beliau di sini,hari ini.
Dalam masa sama, beliau mengakui terkejut dengan tindakan barisan ADUN UMNO dan Barisan Nasional itu kerana sebelum ini masih terdapat perbincangan termasuk berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, permintaan penangguhan sidang DUN sebelum ini juga datang daripada pihak BN sendiri dan telah dipersetujui bersama.
Mengulas kedudukan kerajaan, Aminuddin tidak menolak kemungkinan pentadbiran diteruskan sebagai kerajaan minoriti sekiranya sokongan majoriti tidak lagi diperoleh.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
