Berita Politik
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
KUALA LUMPUR 28 April - Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan berkemungkinan tidak diadakan susulan ketidaktentuan politik yang sedang melanda negeri itu ketika ini.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, keputusan berhubung perkara itu bergantung kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Mungkin tidak (PRN diadakan). Ia bergantung… kerana ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu kepada persidangan dewan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama pengurusan tertinggi Huawei sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei di sini, pada Isnin.
Jawapan itu sebagai maklum balas ketika ditanya sama ada PRN akan diadakan bagi menyelesaikan situasi politik di negeri berkenaan.
Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan berkaitan pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan bertemu Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pertemuan itu antara lain akan menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dipimpin Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Pada Isnin, Aminuddin menegaskan beliau kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan meskipun 14 ADUN Barisan Nasional menarik sokongan terhadapnya. – Awani
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
