Berita Politik
'Kalau nak keluar, saya terus cakap dengan Presiden' - MIC nafi jumpa Najib untuk tinggalkan BN
SUNGAI SIPUT 15 Sept – Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan pertemuan pucuk pimpinan parti itu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 September lalu hanyalah sebagai tanda penghormatan, bukannya isyarat untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, sekiranya MIC ingin meninggalkan BN, perkara itu perlu dimaklumkan terus kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan bukannya kepada Najib.
“Mengapa perlu cakap kepada Najib. Kalau hendak tinggalkan BN, saya mesti bercakap dengan Pengerusi BN,” katanya selepas menghadiri sambutan veteran Wanita MIC Perak, di sini, hari ini.
Pertemuan berkenaan mencetuskan spekulasi kononnya MIC tidak senang dengan hala tuju BN sejak kebelakangan ini. Namun Vigneswaran menegaskan, ia sekadar kunjungan hormat kepada Najib yang disanjung masyarakat India dan MIC kerana jasa beliau sepanjang memimpin negara.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, turut mengadakan pertemuan sama dengan Najib, namun menafikan ia bertujuan ‘mengucapkan selamat tinggal’ kepada BN.
Malah, menurutnya, Najib berpesan agar parti komponen terus mempertahankan perjuangan BN dan tidak berpecah.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
