Berita Politik
Rakyat semakin berminat nak tahu calon Perdana Menteri PAS - Tuan Ibrahim
ALOR SETAR 16 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa semakin ramai rakyat kini ingin mengetahui siapakah calon Perdana Menteri daripada Pas, berikutan kekecewaan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada.
Beliau berkata, persoalan yang timbul itu bukan sekadar gosip politik, sebaliknya menggambarkan keyakinan rakyat bahawa Pas mampu menawarkan kepimpinan lebih baik untuk negara.
“Ramai bertanya siapa bakal Perdana Menteri. Mereka ingin tahu kerana sudah hilang keyakinan terhadap menteri yang ada sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, semalam.
Menurutnya, Pas tidak pernah kekurangan tokoh berkredibiliti kerana parti itu memiliki ramai pemimpin berpengalaman serta berwibawa yang berupaya menggalas tanggungjawab menerajui negara.
Secara berseloroh, beliau turut memetik kata-kata Mursyidul Am Pas bahawa parti tersebut memiliki “tiga hingga empat lori” calon Perdana Menteri, sekali gus menggambarkan kekuatan dalaman parti dalam soal kepimpinan.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim mengingatkan pengisytiharan calon Perdana Menteri boleh membuka ruang kepada pelbagai bentuk tekanan dan serangan politik.
“Namun Pas tidak pernah gentar. Kita sudah melalui pelbagai dugaan politik dengan penuh kesabaran. Insya-Allah, dengan kekuatan yang ada, parti ini berupaya memimpin negara,” tegasnya.
Dalam ucapannya, beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh dokumen dasar Pas seperti Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Dokumen Hijau sebagai panduan penyelesaian berasaskan sistem Islam.
Tuan Ibrahim pada masa sama mengucapkan penghargaan kepada semua calon yang bertanding dalam pemilihan parti, sambil menyifatkan kesemua mereka sebagai pemimpin hebat.
“Calon kita ramai yang layak. Sukar bagi para perwakilan membuat pilihan kerana hampir semuanya berkelayakan. Kalau boleh, bilangan AJK Pusat ditambah lebih daripada 30 orang,” katanya sambil berseloroh. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
