Berita Politik
UMNO Bahagian Batu putuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan di Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Biro Politik UMNO Bahagian Batu membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di kawasan Batu dan Wilayah Persekutuan (WP) berikutan dakwaan layanan berat sebelah terhadap parti itu.
Ketua Bahagiannya, Datuk Gulam Muszaffar, berkata tindakan itu diambil selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) didakwa tidak dihormati sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau mendakwa kuota Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang sepatutnya diberikan kepada UMNO telah diserahkan kepada PH, selain parti itu tidak pernah menerima peruntukan bagi melaksanakan program.
“Kalau hendak berkawan, biarlah seperti kawan. Jangan pula cuba mencampuri urusan kuota yang menjadi hak kami,” katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan ketika dihubungi hari ini.
Gulam menjelaskan, UMNO Bahagian Batu sebelum ini sudah mengadakan pertemuan dengan setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan berhubung isu pelantikan semula MPP dan agihan kuota.
Katanya, hasil pertemuan itu dipersetujui BN akan menerima satu kuota bagi setiap kawasan Parlimen dan perkara tersebut turut dimuktamadkan dalam pekeliling rasmi.
“Namun, sebaliknya berlaku apabila menteri memberi semua enam kuota itu kepada PH. Kalau mereka hendak beri lima kuota kepada mana-mana pihak dalam PKR, itu hak mereka.
“Tetapi kenapa perlu usik kuota BN? Itu jelas tidak adil,” katanya.
Terdahulu, Gulam menerusi Facebook memaklumkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. - Media Telus
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
