Berita Politik
'Pas, Bersatu gaduh pasal duit pula' - Puad persoal sama ada Pas pernah tanya Bersatu dapat duit dari sumber mana
KUALA LUMPUR 18 Sept - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi, mempersoalkan sama ada Pas pernah bertanya sumber dana yang digunakan Bersatu untuk menanggung kos pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Puad mendakwa Pas seolah-olah “menutup mata” terhadap isu itu walaupun Bersatu didakwa menanggung sepenuhnya belanja PN pada PRU15.
“Apakah Pas rela bersubahat? Adakah mereka tanya dari mana datangnya dana politik Bersatu? Apakah duit halal atau duit rasuah?
“Kita juga tidak lupa pengakuan Tan Sri Annuar Musa semasa PRN Sabah 2020, katanya duit berlonggok atas katil bilik hotel Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyindir Pas yang menurutnya tidak bersyukur setelah Bersatu menanggung kos sehingga parti itu menang 43 kerusi Parlimen.
“Sekarang Pas-Bersatu bergaduh pasal duit pilihan raya. Marzuki (Mohamad) kata belanja minimum satu Parlimen ialah RM1 juta. Patutlah PN nampak mewah pada PRU15, sedangkan baru ditubuhkan. Persoalannya, dari mana datang duit itu?” soal Adun Rengit merangkap Speaker DUN Johor itu.
Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, mendedahkan keseluruhan kos PRU15 PN ditanggung oleh Bersatu, dengan anggaran minimum RM1 juta bagi setiap kerusi Parlimen.
Kenyataan Marzuki itu dibuat selepas Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegur rakan komponen dalam PN supaya lebih bersedia dari segi kewangan menghadapi pilihan raya akan datang.
Sanusi berkata, Pas sebelum ini banyak berkorban menyediakan kewangan, peralatan dan jentera kempen, namun kini dilihat Bersatu mahu menjadi ketua tanpa menyedari kekurangan yang dialami. - Media Telus
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
