Berita Politik
Sanusi balas Puad: Jangan berlagak suci isu dana pilihan raya
ALOR SETAR 19 Sept. – Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menempelak Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang mempertikaikan sumber kewangan parti itu untuk berkempen.
Menteri Besar Kedah itu berkata, Mohd Puad tidak perlu bersikap ‘berlagak suci’ kerana budaya menggunakan dana besar dalam pilihan raya sememangnya berlaku dalam parti politik termasuk UMNO.
“Tak payah berlagak suci la Puad… hang sendiri habis berapa juta masa pilihan raya dulu? Nak jadi calon dalam BN pun kena berbelanja, masuk pilihan raya lagi banyak habis… mungkin bukan duit poket hang sendiri, tapi duit tu datang dari mana hang sendiri pun tahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.
Menurutnya lagi, amalan berbelanja besar bukan sahaja ketika pilihan raya umum, malah juga ketika perebutan jawatan dalam parti.
“Bukan saja masa pilihan raya umum, masa bertanding dalam parti berebut jawatan bahagian, nak jadi perwakilan dan MT pun kena keluar duit… tu pun belum tentu menang. Ingat orang tak tahu?” ujarnya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi menegaskan PAS tidak pernah menerima dana politik daripada BERSATU, sebaliknya bergantung kepada sumbangan kecil orang ramai termasuk melalui tabung yang diedarkan ketika ceramah.
Bagaimanapun, Mohd Puad menolak kenyataan itu dengan menyifatkannya tidak masuk akal memandangkan kos bertanding satu kerusi Parlimen boleh mencecah sehingga RM1 juta.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kutipan ‘tin milo’ mencukupi untuk menampung perbelanjaan besar kempen pilihan raya. – Media Telus
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
