Berita Politik
'Saya akan tanya beliau sendiri' - Ahmad Zahid akan dapatkan penjelasan Presiden MIC berhubung khabar angin sertai PN
KUALA LUMPUR 19 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan sendiri daripada Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran, berhubung khabar angin kemungkinan parti itu bekerjasama atau menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Saya akan tanya dengan beliau (Vigneswaran) sendiri,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ensiklopedia Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Majlis Penyerahan Watikah Penterjemah dan Pentashih Mawsu’ah Ahadith al-Qiyam, di sini, hari ini.
Terdahulu, Vigneswaran dalam kenyataannya menyebut bahawa MIC tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama atau menyertai PN, namun menegaskan masih terlalu awal untuk membuat keputusan muktamad.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, berkata keputusan berhubung hala tuju parti dalam BN hanya akan dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung MIC November ini.
Menurut beliau, meskipun terdapat jemputan daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kuasa untuk menentukan hala tuju parti bukan hanya terletak di tangan pimpinan tertinggi semata-mata.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
