Berita Politik
Hajiji janji lantik wakil rakyat Cina jadi Timbalan Ketua Menteri jika GRS kekal terajui Sabah
KOTA KINABALU 23 Sept - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melantik seorang wakil rakyat Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri, sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.
"Jika kerajaan ini sekali lagi diberi mandat, dan sekiranya ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik salah seorang daripada mereka sebagai Timbalan Ketua Menteri," katanya dalam laporan Berita Harian.
Beliau berkata ketika berucap pada Malam Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh, sekolah persendirian Cina dan badan agama bukan Islam di Dewan Hakka, malam tadi.
Secara tradisi, salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah biasanya dilantik daripada kaum Cina.
Namun, selepas GRS membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional pada 2020, tiada wakil rakyat Cina dipilih, menyebabkan jawatan berkenaan tidak diisi.
Ketika ini, jawatan Timbalan Ketua Menteri disandang oleh Datuk Seri Jeffrey Kitingan (Presiden STAR), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Presiden PBS) dan Datuk Shahelmey Yahya (UMNO).
Dalam ucapannya, Hajiji turut menekankan peranan besar masyarakat Cina dalam pembangunan Sabah, terutama dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
"Tanpa sumbangan anda, ekonomi negeri tidak akan berkembang. Malah, sumbangan masyarakat Cina di Sabah merangkumi pelbagai bidang dan sektor.
"Dalam sektor swasta, peranan usahawan dan ahli perniagaan Cina berada di tahap tertinggi. Dalam konteks perkhidmatan awam negeri, ramai pegawai keturunan Cina memegang jawatan kanan di kementerian, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Sesungguhnya, kita mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan masyarakat Cina dalam masyarakat kita," katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
