Berita Politik
Takiyuddin nafi pertemuan rahsia, anggap mesyuarat pimpinan PN perkara biasa
KUALA LUMPUR 1 Okt – Perjumpaan antara pimpinan utama Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas, Bersatu, Gerakan dan parti-parti komponen lain adalah perkara biasa dan sering diadakan, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau menegaskan mesyuarat serta perbincangan tidak rasmi kerap berlangsung di pelbagai lokasi termasuk pejabat, sidang Parlimen mahupun tempat lain, dan ia tidak wajar dianggap sebagai pertemuan rahsia.
“Kita dalam Perikatan Nasional sentiasa ada perjumpaan dengan Gerakan, MIPP, apatah lagi dengan Bersatu. Jadi kalau nak kata ‘perjumpaan top five’, itu perkara biasa. Malah semasa sidang Parlimen pun, Presiden Pas selalu buat sesi macam ‘usrah’ yang dihadiri semua Ahli Parlimen PN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, hari ini.
Takiyuddin turut menolak dakwaan wujud maksud tersirat di sebalik pertemuan tersebut, sambil menegaskan pihak yang membuat tuduhan perlu mengemukakan bukti.
“Saya rasa tuduhan-tuduhan seperti itu tidak berasas. Siapa yang mendakwa, dia yang kena buktikan. The burden of proof is on the prosecution. Kalau kata perjumpaan itu berlaku sekali, saya kata bukan sekali, banyak kali. Ini perkara biasa. Saya mengesahkan 200 peratus,” ujarnya.
Mengulas mengenai calon Perdana Menteri PN bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau menegaskan setakat ini tiada keputusan rasmi dibuat.
“Tahun baru ini, Presiden Pas pun kata kita tak nak namakan sesiapa sebagai Perdana Menteri. Kita nak menang PRU16 dulu, Perdana Menteri datang kemudian. Kita ada ramai calon, bukan satu. Tapi perkara itu tidak timbul kerana belum pernah ada keputusan rasmi daripada PN,” katanya.
Menurut beliau, apa-apa kenyataan selain daripada keputusan bersama tidak mewakili pendirian gabungan.
“PN bukan Pas sahaja. Kalau ada sebarang keputusan, ia mesti datang daripada PN sebagai satu gabungan. Setakat ini, tak pernah ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular yang mendakwa lima pemimpin tertinggi Pas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Bersatu, kononnya bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebagai calon Perdana Menteri.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
