Berita Politik
Bung Moktar: BN Sabah tidak pernah ditolak rakyat, tumbang kerana pengkhianatan ADUN
KOTA KINABALU 8 Okt – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menegaskan bahawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah selepas Pilihan Raya Umum 2018 bukan disebabkan penolakan rakyat, sebaliknya berpunca daripada tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti.
Beliau berkata, sejarah jelas menunjukkan kerajaan BN tumbang bukan atas kehendak rakyat, tetapi kerana pengkhianatan pemimpin yang meninggalkan parti selepas BN menjadi pembangkang di peringkat pusat.
“Tindakan mereka bukan sahaja menggugat kestabilan politik Sabah, malah mengkhianati mandat rakyat yang telah memilih BN sebagai parti majoriti melalui proses demokrasi yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Bung Moktar berkata, episod tersebut perlu menjadi pengajaran kepada rakyat Sabah agar tidak terus membiarkan masa depan negeri dicatur oleh politik lompat parti yang melemahkan sistem demokrasi.
Menurutnya, rakyat kini berdepan ‘democratic fatigue’ — keletihan terhadap politik tidak berprinsip dan tidak konsisten. “Kerajaan yang lahir daripada pengkhianatan tidak akan mampu menumbuhkan keyakinan, dan tanpa keyakinan, tidak akan ada kestabilan,” tegasnya.
Beliau menambah, kestabilan bukan lahir daripada slogan, sebaliknya bergantung kepada integriti kepimpinan serta sistem pentadbiran yang kukuh.
“UMNO dan BN membawa dua elemen utama dalam pentadbiran moden iaitu konsistensi dasar dan kesinambungan institusi. Pembangunan tidak boleh dibina di atas kekacauan politik. Pelaburan memerlukan kestabilan, dasar memerlukan kesinambungan, dan rakyat memerlukan keyakinan,” ujarnya.
Bung Moktar menegaskan sudah tiba masanya untuk menamatkan “politik percubaan” dan menumpukan kepada kepimpinan berwawasan serta pentadbiran berteraskan rasional dan keteguhan dasar.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
