Berita Politik
'Asalkan jangan menyesal di kemudian hari' - Zahid Hamidi tak halang MIC untuk kekal atau keluar BN
SHAH ALAM 17 Okt - Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka dan tidak akan menghalang sekiranya MIC memutuskan untuk meninggalkan gabungan itu, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata, BN sejak dahulu tidak pernah memaksa mana-mana parti untuk menyertai atau kekal dalam gabungan berkenaan.
“Kita terbuka. Dulu ada 14 parti komponen dalam BN dan tiada paksaan sama ada untuk masuk atau keluar BN.
“Tentunya mereka (MIC) akan membuat keputusan bijak pada Perhimpunan Agung MIC bagi menentukan gabungan mana yang akan disertai, asalkan mereka tidak menyesal di kemudian hari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan ASEAN, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, yang memaklumkan keputusan sama ada parti itu kekal atau keluar daripada BN akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Agung MIC, 16 November depan.
Krisis antara MIC dan UMNO dilapor semakin tegang selepas Vigneswaran melabel Ahmad Zahid sebagai “penipu”, susulan kenyataannya bahawa kajian menunjukkan ahli MIC dan MCA masih mahu kekal dalam BN.
Vigneswaran turut mendakwa Ahmad Zahid sepatutnya mendapatkan pandangan akar umbi MIC mengenai penurunan sokongan masyarakat Melayu di negeri pantai timur.
MIC dan MCA kini sedang menilai kedudukan mereka dalam BN, terutama selepas UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Kedua-dua parti itu dikatakan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang dilihat lebih memihak kepada parti penyandang.
MCA kini hanya memiliki dua kerusi Parlimen, manakala MIC satu, dan dijangka terus berdepan kekangan peluang bertanding pada pilihan raya akan datang.
Mengulas tindakan MIC yang tidak menjemputnya ke Mesyuarat Agung parti itu, Ahmad Zahid berkata, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa.
“Ini bukan pertama kali (MIC tidak mengundang Pengerusi BN) kerana mesyuarat agung kali ini mereka mahu menyelesaikan masalah dalaman. Tentunya kita beri ruang seluas-luasnya untuk mereka berbuat demikian,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
