Berita Politik
Kenyataan pemimpin Pas samakan isu Palestin dengan Malaysia disifatkan melampau – Syahredzan
SHAH ALAM 21 Okt. – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary yang memberi gambaran seolah-olah situasi di Palestin sedang berlaku di Malaysia sebagai tindakan melampau dan tidak boleh diterima.
Syahredzan merujuk kepada hantaran Ahmad Marzuk di Facebook bertajuk “Belajar daripada sejarah Palestin: Jangan kita ulangi kesilapan yang sama” yang menyeru umat Islam mengambil iktibar daripada nasib rakyat Palestin.
Dalam hantaran itu, Ahmad Marzuk mendakwa rakyat Palestin menerima pendatang Yahudi atas dasar kemanusiaan namun akhirnya menjadi mangsa kezaliman dan diusir dari tanah air sendiri. Beliau turut mendakwa tanda-tanda serupa kini berlaku di Malaysia apabila bidang ekonomi semakin dikuasai bukan Islam dan bukan bumiputera termasuk gedung besar, syarikat utama dan tanah strategik.
“Gedung-gedung besar, syarikat utama dan tanah-tanah strategik sudah lama keluar daripada genggaman umat Islam. Kini langkah mereka telah sampai ke Putrajaya, menggubal undang-undang, menulis akta dan perlahan-lahan menata peta kuasa politik negara ini,” katanya.
Ahmad Marzuk turut memberi amaran bahawa sejarah Palestin sedang menulis babak baharu di Malaysia sekiranya umat Islam terus alpa, sambil mengaitkannya dengan perjuangan Pas.
Bagaimanapun, Syahredzan menegaskan mesej itu memberi gambaran seolah-olah orang Melayu dan Islam bakal menerima nasib sama seperti rakyat Palestin, dengan menuding kepada bukan Melayu dan bukan Islam sebagai puncanya.
“Kita semua bersatu menentang kezaliman Israel dan tindakan rejim Zionis. Namun, mengaitkan rakyat Malaysia bukan Islam dan bukan Melayu dengan apa yang dilakukan Israel adalah tindakan melampau dan tidak boleh diterima,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa rakyat bukan Melayu dan bukan Islam telah bersama-sama membina negara ini dan tidak wajar dijadikan sasaran politik sempit.
“Rakyat Malaysia baru meraikan Deepavali dalam semangat muhibah seperti ditekankan Perdana Menteri agar kita mempertahankan kepelbagaian. Malangnya, pemimpin Pas seperti Ahmad Marzuk sanggup memberi gambaran seolah-olah rakyat bukan Islam dan bukan Melayu musuh dalam selimut,” katanya.
Syahredzan menegaskan, kenyataan sebegitu menunjukkan Pas masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecahbelahkan masyarakat, dan menyeru rakyat menolak politik sedemikian.
Beliau turut mencabar rakan-rakan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) serta sekutu mereka dalam Ikatan Prihatin Rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan Ahmad Marzuk itu.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
