Berita Politik
MIC dijangka keluar BN November depan – Tajuddin
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Parti MIC dijangka keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan bakal memuktamadkan keputusan itu pada November depan.
Perkara berkenaan didedahkan oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, menerusi satu video dimuat naik di TikTok.
Menurut Tajuddin, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, ketika sambutan Deepavali di kediamannya semalam.
“Saravanan beritahu ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka tidak puas hati, tapi saya tidak boleh sebut di sini kerana ia sensitif dan sulit,” katanya.
Tajuddin dalam masa sama berharap MIC meneliti semula keputusan tersebut kerana hubungan antara parti komponen BN telah lama terjalin dan banyak melalui cabaran bersama.
“Saya nasihatkan beliau (Saravanan) supaya pertimbangkan semula. UMNO dan MIC sudah lama bersama dalam BN, menempuh suka duka politik bersama.
“MIC banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan perpaduan rakyat pelbagai kaum. Saya harap beliau akan diberi petunjuk dan kekal bersama BN,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini menyatakan bahawa BN bersikap terbuka sama ada MIC mahu kekal atau keluar daripada gabungan tersebut, namun yakin parti itu akan membuat keputusan yang bijak.
Difahamkan, MIC akan memuktamadkan kedudukannya dalam BN pada Mesyuarat Agung Tahunan parti itu yang dijadual berlangsung pada 16 November ini.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
