Berita Politik
'Dia bukan lagi Muhyiddin yang kita kenal dulu' - Saifuddin desak Muhyiddin undur, dakwa hilang kualiti kepimpinan
KUALA LUMPUR 27 Okt – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah kehilangan kualiti kepimpinan yang pernah dimilikinya sebelum ini.
Menurut Saifuddin, Muhyiddin tidak lagi menonjolkan ciri kepimpinan berasaskan adab, ilmu dan kemahiran seperti ketika awal penubuhan parti tersebut.
“Pokoknya, dia (Muhyiddin) sudah hilang kualiti kepimpinan. Dia tidak lagi Tan Sri Muhyiddin yang kita kenal sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian, sambil mengesahkan beliau dan beberapa lagi ahli BERSATU mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung desakan itu.
Saifuddin turut mempersoalkan cara Muhyiddin menguruskan parti, yang disifatkannya semakin tidak inklusif, termasuk kegagalan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
“Dia tak panggil mesyuarat MPT, bagaimana nak bincang? Dia tak dapat cari menantu dia, bagaimana kita nak cari dia?” katanya secara sinis.
Selain mendesak Muhyiddin berundur, Saifuddin turut menggesa dua lagi pemimpin utama parti, iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tun Faizal Ismail Aziz, supaya melepaskan jawatan masing-masing.
Menurut beliau, Azmin, yang kini memegang semula jawatan Setiausaha Agung BERSATU, perlu menjelaskan dua isu utama yang menjejaskan kredibilitinya.
“Azmin ada dua perkara. Pertama, dia harus selesaikan dulu isu video dia. Kedua, dia kini menjadi terlalu autokratik. Contohnya, baru-baru ini dia keluarkan surat yang bersifat drakonian,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin menyifatkan Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal Ismail Aziz, gagal memainkan peranan sebenar dalam menyampaikan maklumat parti, sebaliknya lebih menonjol sebagai ‘ketua provokasi’.
“Tun Faisal tidak menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan. Dia lebih kepada ketua provokasi. Lihat sahaja posting-posting dalaman dia, ramai ketua bahagian boleh sahkan,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Saifuddin menegaskan desakan tersebut bukan bertujuan menjatuhkan parti, sebaliknya langkah itu dibuat bagi menyelamatkan BERSATU daripada terus terjejas di bawah kepimpinan sedia ada.
“Apa yang kita lakukan ini tidak menyalahi perlembagaan. Kami bukan mahu mencemar parti, tapi mahu menyelamatkannya daripada mereka yang sedang mencemarkan parti,” katanya.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 11:12 am
Kenyataan Pemuda MIC terhadap Ahmad Zahid emosionaL, tidak matang
December 15, 2025, 2:51 pm
Zahid tegaskan UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
