Berita Politik
'Tidak akan bekerjasama dengan DAP' - Marzuki dedah Muhyiddin tolak peluang pimpin kerajaan PH lepas PRU15
KUALA LUMPUR 29 Okt - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menerima tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) serta mengetuai gabungan itu sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu didedahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit beliau, Datuk Dr Marzuki Mohamad, yang memaklumkan Muhyiddin bagaimanapun menolak tawaran tersebut dan memilih untuk kekal dengan prinsip Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) yang menolak kerjasama dengan DAP.
“Selepas PRU15, beliau (Muhyiddin) ditawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH.
“Saya tidak tahu apa isi kandungan tawaran itu kerana beliau tidak pernah menceritakannya kepada saya, tetapi menurut sumber rapat, jika Muhyiddin menerima tawaran tersebut, beliaulah Perdana Menteri.
“Pilihan ini betul dari segi prinsip, tetapi meletakkan beliau di haluan politik yang lebih sukar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Tolak Pimpin Semula UMNO
Marzuki turut mendedahkan bahawa Muhyiddin pernah ditawarkan untuk kembali memimpin UMNO ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri Kelapan.
“Jika beliau menerima tawaran ini, UMNO akan berada di bawah kawalannya dan tidak akan berlaku penarikan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadapnya.
“Namun, beliau mahu Bersatu dan UMNO fokus kepada pilihan raya dahulu dan menang bersama. Jika tawaran itu diterima, mungkin beliau kekal sebagai Perdana Menteri tetapi parti Bersatu yang diasaskannya boleh terbubar,” katanya.
Menurut Marzuki, keputusan-keputusan yang diambil Muhyiddin menunjukkan beliau sentiasa memilih jalan sukar demi prinsip politiknya, termasuk ketika memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu dua tahun lalu.
“Beliau pernah menghubungi saya malam itu bertanyakan pendirian saya, dan saya hanya jawab ringkas, ‘Beliau mesti berpegang pada keputusan sendiri’.
“Namun, selepas mendapat desakan perwakilan supaya terus memimpin, akhirnya beliau akur untuk kekal menerajui Bersatu bagi satu penggal lagi,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
