Berita Politik
'KJ masih kasih, cinta UMNO' – Reezal Merican
KUALA LUMPUR 30 Okt - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mengakui Khairy Jamaluddin masih mempunyai kesetiaan mendalam terhadap UMNO walaupun pernah disingkirkan daripada parti itu.
Menurut Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu untuk menentukan hala tuju politiknya selepas ini.
Katanya, beliau turut berada dalam majlis perkahwinan di Perlis minggu lalu yang menemukan Khairy dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus mencetuskan spekulasi kemungkinan bekas Menteri Kesihatan itu akan kembali menyertai parti.
“Saya ada pada masa kenduri itu, saya sekali dengan dia, duduk dengan dia. Cuma satu benda saya boleh maklumkan, memang kasih dan cinta Khairy ini hanya pada UMNO saja. Itu saya boleh sahkan.
“Tetapi (berkaitan dakwaan sertai semula UMNO) itu bukan keputusan saya, ia keputusan pimpinan atasan dan keputusan MKT, saya tidak boleh mendahului,” katanya seperti dilapor sebuah portal hari ini.
Reezal Merican yang pernah berada dalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO di bawah Khairy turut berharap hasrat rakannya itu untuk kembali ke dalam UMNO menjadi kenyataan.
Namun, beliau menegaskan tidak dapat mengesahkan sama ada Khairy bakal dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
“Itu pun saya tak dapat nak sahkan. Saya ini ahli parti, benda itu akan ditentukan oleh pimpinan pada peringkat atas,” ujarnya.
Terdahulu, laporan Berita Harian menyebut Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung hujung bulan depan, selepas menerima ‘restu’ daripada Ahmad Zahid.
Presiden UMNO itu difahamkan sudah meminta Khairy menghantar dokumen permohonan untuk menyertai semula parti berkenaan, selepas dipecat pada Januari 2023.
Sejak pemecatannya, Khairy aktif sebagai penyampai radio Hot FM dan mengendalikan podcast Keluar Sekejapbersama Shahril Hamdan, bekas Ketua Penerangan UMNO yang turut digantung keahliannya.
Program itu kini mempunyai lebih 397,000 pengikut, dan sering membincangkan isu politik, ekonomi serta hal ehwal semasa.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
