Berita Politik
'Saya tidak pernah tinggalkan UMNO, kamu yang buang saya' - KJ
KUALA LUMPUR 2 Nov – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan parti itu, sebaliknya mendakwa UMNO yang membuat keputusan untuk menyingkirkannya.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata demikian susulan kenyataan beberapa pihak yang membangkitkan isu keanggotaannya dalam parti berkenaan.
“Ada beberapa pihak yang telah memberikan komen mengenai isu tersebut. Biar saya jelaskan, saya tidak pernah meninggalkan UMNO. Kamu yang buang saya. Tolong jangan cuba ubah sejarah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story pada Ahad.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.
Difahamkan, hasrat Khairy yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM untuk kembali ke pangkuan UMNO dikatakan telah mendapat restu kepimpinan tertinggi parti itu, khususnya Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dilaporkan telah meminta Khairy menghantar dokumen permohonan bagi menyertai semula UMNO selepas pemecatannya pada Januari 2023.
Sejak dipecat, Khairy banyak meluangkan masa dalam bidang penyiaran dan aktif menerusi platform audio siar yang diasaskannya, Keluar Sekejap, yang kini meraih lebih 397,000 pengikut.
Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau akan menjawab segala persoalan berhubung kemungkinan dirinya kembali ke parti itu dalam masa terdekat.
“Berikan saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab,” ujarnya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
