Berita Politik
Bersatu Ampang tarik balik kepercayaan, desak Muhyiddin berundur
KUALA LUMPUR 4 Nov - BERSATU Bahagian Ampang memutuskan menarik balik kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti, sekali gus mendesak beliau berundur secara terhormat demi memulihkan perpaduan serta keyakinan ahli terhadap masa depan BERSATU.
Setiausaha BERSATU Ampang, Daing Mohamad Daing Makati berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa BERSATU Ampang pada 28 Oktober lalu yang membincangkan secara terbuka perkembangan terkini membabitkan hala tuju dan kestabilan dalaman parti.
Menurutnya, bahagian itu turut menggesa supaya satu pelan transisi kepimpinan dilaksanakan dengan tertib dan inklusif bagi memastikan parti kekal kukuh dan berdaya saing menjelang pilihan raya akan datang.
Beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara selepas mengambil kira pandangan serta aspirasi ahli akar umbi yang mahukan perubahan bagi kelangsungan perjuangan parti.
Daing turut mengakui wujud pergolakan dalaman yang semakin meruncing, khususnya membabitkan hubungan antara Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan parti dengan sebahagian besar kepimpinan di peringkat bahagian di seluruh negara.
Katanya, kegagalan kepimpinan tertinggi, terutama Presiden, dalam menangani isu-isu berkenaan telah membawa kepada perpecahan yang semakin ketara dalam kalangan akar umbi dan pemimpin bahagian.
Sebelum ini, BERSATU memecat lima ketua bahagian termasuk Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang berhubung isu Akuan Bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran Presiden parti.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
