Berita Politik
Dua MP Bersatu nafikan dakwaan Hamzah arahkan mereka sokong Anwar
SHAH ALAM 6 Nov. – Dua daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin menggerakkan mereka untuk meninggalkan parti.
Dua Ahli Parlimen tersebut – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) – menyifatkan tuduhan yang dibuat pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai satu pembohongan.
Syed Abu Hussin turut mendakwa Hamzah sebenarnya telah lama berhasrat menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Presiden parti, namun tidak mahu berdepan secara terbuka.
Menurutnya, Hamzah hanya mahu memberi tekanan secara tidak langsung supaya Muhyiddin mengundur diri secara sukarela.
“Dia (Hamzah) hendak jatuhkan Muhyiddin, tetapi dia tidak mahu lawan.
“Saya pernah tanya mengenai Muhyiddin. Dia kata Muhyiddin ada masalah dengan Istana dan Sarawak. Jadi saya cakap biar saya jumpa Muhyiddin, minta dia letak jawatan presiden.
“Tetapi dia (Hamzah) kata jangan. ‘Game’ Hamzah ini, dia hendak jatuhkan Muhyiddin tetapi tidak mahu lawan. Dia cuma mahu beri tekanan supaya Muhyiddin turun.
“Tetapi akhirnya Muhyiddin tidak letak jawatan,” katanya.
Sementara itu, Suhaili menegaskan Hamzah, yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ketua Pembangkang, tidak pernah terlibat atau mengetahui keputusan enam Ahli Parlimen berkenaan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.
“Kenyataan Pak Wan (Mohd Redzuan) itu tidak betul dan satu pembohongan. Datuk Seri Hamzah tidak pernah terlibat dengan (tindakan) kami berenam menyokong Anwar,” kata Suhaili.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
