Berita Politik
Masuk balik UMNO: 'Bila tiba masa, saya akan umum' - KJ
KUALA LUMPUR 7 Nov - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terus berteka-teki mengenai spekulasi kemasukan semulanya ke dalam parti itu selepas dipecat hampir dua tahun lalu.
Ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menempatkan ibu pejabat UMNO, Khairy berkata, beliau akan memaklumkan sebarang perkembangan pada waktu yang sesuai.
“Saya dah maklum tadi, nanti bila tiba masa untuk saya buat pengumuman. Saya akan maklum pada pihak media. Tak pasti lagi,” katanya ringkas.
Terdahulu, beliau menghadiri Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru, yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh.
Sebelum ini, Berita Harian melaporkan Khairy dijangka kembali menyertai UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini selepas dikatakan mendapat ‘restu’ daripada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber turut memaklumkan, isyarat restu itu disampaikan Ahmad Zahid kepada Khairy ketika mereka bertemu di majlis perkahwinan anak Pengerusi UMNO Perlis, Rozabil Abdul Rahman baru-baru ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid pada 4 November lalu menegaskan bahawa isu kemasukan semula Khairy belum dibincangkan dalam parti.
“Setakat ini belum lagi,” katanya, sambil menjelaskan pertemuannya dengan Khairy hanyalah ketika majlis perkahwinan tersebut tanpa sebarang perbincangan rasmi.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
