Berita Politik
PRN Sabah: Calon BN Tanjong Keramat, Jeffery pemimpin dekat dengan rakyat, wajar diberi mandat baharu - Mohd Zaidy
PUTATAN 16 Nov - Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Tanjong Keramat digesa memilih calon Barisan Nasional (BN), Jeffery Nor Mohamed, jika mahukan perkhidmatan yang konsisten dan berterusan.
Seruan itu dibuat oleh ADUN Jeram Padang, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang menyifatkan Jeffery sebagai pemimpin dekat dengan masyarakat serta sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan rakyat setempat.
“Rakyat di N.24 Tanjong Keramat tidak boleh kehilangan sosok seperti Jeffery Nor Mohamed. Beliau hadir bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk terus berkhidmat dan membina masa depan yang lebih baik untuk komuniti di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zaidy, setiap pertemuan dan maklum balas daripada masyarakat sentiasa menjadi asas gerak kerja Jeffery, justeru beliau yakin calon BN itu akan terus menunjukkan komitmen kukuh sekiranya diberi mandat.
Katanya, pemilihan Jeffery sebagai calon BN mengangkat nilai slogan “Demi Rakyat, Demi Sabah”, yang menurutnya bukan sekadar ungkapan tetapi mencerminkan keikhlasan serta kesungguhan untuk memperjuangkan kesejahteraan rakyat.
Mohd Zaidy turut memaklumkan bahawa jentera dari Jeram Padang, Jempol, bersama pasukan media sosial yang bergerak secara konsisten turut membantu kempen di kawasan berkenaan, sekali gus memperkukuh momentum “Bikin Balik Sabah” di Tanjong Keramat.
“Pada akhirnya, masa depan kawasan ini bergantung pada pilihan rakyat. Dan saya percaya Jeffery Nor Mohamed adalah pilihan yang mampu membawa perubahan yang bermakna,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
