Berita Politik
PRN Sabah: Calon PH tarik diri bertanding di DUN Silam
LAHAD DATU 17 Nov - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, mengumumkan penarikan diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Abdul Halim berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama pimpinan tertinggi PH.
"Saya ingin menekankan bahawa ini adalah keputusan peribadi yang dibuat tanpa sebarang tekanan atau rundingan dengan pihak luar.
"Keputusan ini dicapai selepas pertimbangan matang untuk mengekalkan hubungan baik dan keharmonian dengan parti rakan lain," katanya dalam kenyataan.
Beliau adalah antara 12 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya bertanding pada PRN Sabah ke-17.
Abdul Halim berkata, beliau percaya bahawa perpaduan serta kerjasama antara PH dan parti lain adalah keutamaan demi masa depan politik Sabah.
Walaupun tidak lagi bertanding, beliau menegaskan komitmen terhadap masyarakat.
"Saya tetap komited dan akan terus bekerja untuk memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di Silam khususnya, dan Lahad Datu amnya, sentiasa terpelihara dan dijunjung.
"Perjuangan untuk rakyat tidak pernah berhenti, dan saya akan terus menyumbang dalam apa juga kapasiti yang boleh bagi membangunkan kawasan ini serta memastikan suara rakyat terus didengar," katanya.
Kerusi DUN Silam sebelum ini disandang Dumi Pg Masdal daripada Parti Warisan.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, DUN Silam menyaksikan saingan sembilan penjuru membabitkan 28,261 pengundi. Namun, dengan penarikan diri Abdul Halim, pertandingan kini menjadi lapan penjuru, walaupun namanya dipercayai masih akan kekal tertera pada kertas undi.
Senarai calon N62 Silam:
-
Sharif Musa Sharif Mabul (BN–UMNO)
-
Datuk Mizma Appehdullah (GRS–Gagasan Rakyat)
-
Datuk Mohammad Yusof Apdal (Warisan)
-
Borkes @ Balkis Kalinggalan (PN–Bersatu)
-
Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas/IND)
-
Mohammad Enriquez (SPP)
-
Brahim Bisel (PIS)
-
Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (PKS)
Keputusan PRN 2020:
• Penyandang: Datu Dumi Masdal (Warisan Plus – Warisan)
• Majoriti: 1,542
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
