Berita Politik
Muhyiddin nafikan pertukaran ketua pembangkang
KOTA KINABALU 21 Nov – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menegaskan Timbalan Presiden BERSATU merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal sebagai ketua pembangkang.
Bercakap kepada media ketika berkempen untuk calon PN di Pantai Dalit, Tuaran, petang tadi, Ahli Parlimen Pagoh itu menepis khabar angin yang mendakwa akan berlaku pertukaran kepimpinan pembangkang.
“Tak ada apa-apa. Tak ada tukar (ketua pembangkang). Kekal seperti mana yang ada sekarang,” katanya ringkas.
Spekulasi sebelum ini mendakwa Naib Presiden BERSATU yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin bakal menggantikan Hamzah berikutan dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kepimpinan Muhyiddin.
Namun, video dikongsi beberapa pemimpin BERSATU menunjukkan 18 Ahli Parlimen parti itu hadir berkumpul dan berbincang di kediaman Muhyiddin baru-baru ini, termasuk Hamzah, yang kemudiannya menyatakan sokongan kepada beliau.
Dalam kenyataan di Facebook, Muhyiddin berkata perbincangan malam itu berlangsung secara terbuka dan bertanggungjawab, selain seluruh pimpinan menegaskan komitmen melaksanakan amanah rakyat dengan penuh disiplin serta menjaga nama baik parti melalui tindakan berprinsip dan konsisten.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
