Berita Politik
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
KUALA LUMPUR 1 Dis – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menegaskan kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah bukan penamat perjuangan parti, sebaliknya ruang untuk bangkit semula dengan lebih kuat.
Menurutnya, kekalahan itu tidak boleh dianggap sebagai kekalahan semangat para ahli UMNO dan BN yang selama ini menjadi tulang belakang perjuangan parti.
Abdul Rahman berkata, beliau memahami rasa kecewa dan hampa ahli parti terhadap keputusan PRN-17 yang jauh daripada apa yang diharapkan, namun keputusan berkenaan perlu menjadi peringatan penting bahawa perjuangan UMNO dan BN “lebih besar daripada satu-satu pilihan raya atau mana-mana individu”.
“Seperti generasi UMNO Sabah yang terdahulu, kita bangkit, kita belajar, dan kita kembali dengan lebih kuat. Itulah semangat UMNO Sabah. Itulah semangat Sabah.
"Hari ini bukan hari putus asa, ia adalah hari bermuhasabah, hari pembaharuan, hari membina tekad baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau menegaskan UMNO dan BN akan menggunakan tempoh pasca pilihan raya ini untuk kembali mendengar denyut nadi rakyat, merapatkan hubungan dengan masyarakat, memperbaharui iltizam serta memperkukuh kekuatan parti.
Abdul Rahman turut menggesa golongan muda, akar umbi dan barisan kepimpinan parti supaya terus teguh bersama UMNO dan BN dalam menghadapi fasa mencabar ini.
“Harapan bukan sesuatu yang hilang pada hari pilihan raya. Harapan adalah sesuatu yang hidup dalam diri kita. Sesuatu yang tidak boleh dirampas oleh mana-mana keputusan.
"Selagi harapan itu kita jaga, selagi kita bersatu, dan selagi kita berkhidmat dengan ikhlas, masa depan UMNO Sabah akan kembali bersinar,” ujarnya.
Beliau yakin, dengan kepercayaan rakyat dan semangat ahli yang tidak pernah padam, UMNO dan BN mampu kembali lebih gagah pada masa hadapan.
Pada PRN-17 Sabah kelmarin, BN hanya memenangi enam daripada 45 kerusi yang ditandingi—rekod terburuk parti itu dalam sejarah pilihan raya negeri Sabah, sekali gus mencerminkan penurunan sokongan pengundi terhadap mereka.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
