Berita Politik
Zahid tegaskan UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP
GOMBAK 15 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak pernah mempunyai hubungan langsung dengan DAP, sebaliknya kerjasama dalam kerajaan perpaduan kini hanyalah di antara gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Beliau menjelaskan, kerana MCA adalah komponen BN manakala DAP merupakan komponen PH, kerjasama yang wujud bukan dari parti ke parti, tetapi dari gabungan ke gabungan.
“Perkara ini boleh diselesaikan dan kesefahaman dapat dicapai,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Lawatan Rasmi di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute.
Kenyataan Zahid itu dibuat susulan desakan MCA supaya parti-parti komponen BN tidak meneruskan kerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Beliau yang juga Pengerusi BN menekankan bahawa perkara utama kini adalah rasionaliti politik menjelang pengumuman PRU.
“Serahkanlah kepada kepimpinan utama kedua-dua gabungan untuk menangani dan berdepati permasalahan yang ada,” katanya.
Terdahulu, pada 7 Disember lalu, Perhimpunan Agung MCA meluluskan resolusi menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP pada PRU16. Perwakilan turut bersetuju agar parti itu menentukan haluan sendiri sekiranya mana-mana komponen BN berkeras mahu bekerjasama dengan DAP, dengan alasan semangat gabungan itu sudah mati.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
