Berita Politik
Kenyataan Pemuda MIC terhadap Ahmad Zahid emosionaL, tidak matang
KUALA LUMPUR 16 Dis – Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, K. Arvind, terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai bersifat emosional, tidak matang serta gagal memahami realiti politik semasa negara.
Ketuanya, Muhammad Nabil Saleh, berkata sindiran Pemuda MIC yang mendakwa Ahmad Zahid kononnya ‘siang cakap lain, malam buat lain’ hanyalah cubaan menutup kegagalan parti itu sendiri.
Menurut beliau, keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan bukan didorong oleh keinginan terhadap kuasa, sebaliknya satu langkah berani memikul tanggungjawab ketika negara berdepan risiko ketidakstabilan politik.
“Jika slogan semata-mata dijadikan ukuran, politik tidak akan ke mana. Kepimpinan sebenar diukur melalui keupayaan membuat keputusan sukar demi kepentingan rakyat, bukan dengan menghidupkan sentimen lama,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Media sebelum ini melaporkan Pemuda MIC mengkritik Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dengan mengingatkan supaya tidak ‘siang cakap lain, malam pula cakap lain’, merujuk kepada kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan DAP.
Mengulas lanjut, Muhammad Nabil menegaskan MIC tidak wajar mendakwa dipinggirkan sedangkan prestasi parti itu sendiri gagal meyakinkan masyarakat India dan rakyat secara keseluruhan.
Katanya, kesetiaan dalam gabungan politik bukan lesen untuk menuntut kuasa tanpa sokongan rakyat, apatah lagi dijadikan alasan untuk mengugut keluar masuk BN mengikut emosi semasa.
“Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak pernah meminggirkan rakan gabungan, namun politik gabungan bukan pentas untuk drama murahan,” katanya.
Beliau turut menegaskan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti dan tidak akan berdiam diri apabila Presiden UMNO diserang oleh pihak yang gagal memahami erti tanggungjawab dalam politik gabungan.
“UMNO tidak mabuk kuasa. Yang mabuk hanyalah mereka yang hilang arah,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
