Berita Politik
Status MIC dalam BN diputuskan Januari depan – Ahmad Zahid
SEKINCHAN 20 Dis - Kedudukan MIC dalam Barisan Nasional (BN) akan diputuskan menerusi Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menegaskan isu berkenaan tidak berkaitan dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.
Menurut beliau, status UMNO dan MIC adalah sama kerana kedua-duanya merupakan parti komponen dalam BN.
“Dia tidak ada kena-mengena dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 kerana status UMNO dengan MIC sama sahaja, dia dalam Barisan Nasional (BN).
“Jadi kita akan adakan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Januari tahun depan dan ketika itu kita akan putuskan,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan UMNO mengemukakan usul tergempar pada PAU 2025 bagi membincangkan status MIC.
Zahid ditemui media selepas merasmikan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
