Berita Politik
Kenyataan pemimpin DAP terhadap Najib tidak mengejutkan – Rozilan
KUALA LUMPUR 22 Dis– Kenyataan tidak sensitif yang dikeluarkan pemimpin DAP berhubung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai sesuatu yang tidak menghairankan dan mencerminkan sikap sebenar parti berkenaan.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh berkata, sikap biadab terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu seolah-olah sudah sebati dalam pemikiran pemimpin DAP.
“DAP tetap DAP. Bukan sesuatu yang menghairankan dengan pendirian dua pemimpin DAP ini. Mungkin sebahagian besar yang lain pun berfikiran sedemikian.
“Jangan menyiram minyak tanah ke dalam api yang sedang marak. Kesabaran kita juga ada hadnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Najib untuk memaksa kerajaan serta enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.
Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati titah berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 bagi membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman di kediamannya.
Beberapa jam selepas keputusan itu, Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin dilaporkan membuat hantaran di media sosial yang dilihat seakan-akan ‘meraikan’ keputusan mahkamah tersebut.
Mengulas lanjut, Rozilan yang juga bekas setiausaha akhbar kepada Najib menegaskan bahawa mana-mana pihak boleh bersetuju dengan keputusan mahkamah, namun ia perlu disampaikan dengan beradab dan berhemah.
“Sebagai ahli Parlimen daripada pakatan kerajaan Perpaduan, mengapa perlu bersikap biadab terhadap bekas pemimpin negara serta parti komponen kerajaan sendiri, Barisan Nasional?
“Kenapa perlu meraikan kesusahan orang lain dengan kegembiraan? Ini secara jelas menggambarkan tahap pemikiran cauvinis yang masih menebal,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
