Berita Politik
UMNO cadang angkat resolusi rasmi parti mohon pengampunan Najib
KUALA LUMPUR 22 Dis – UMNO dicadang mengangkat satu resolusi rasmi parti berkaitan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai suara dan hasrat akar umbi parti.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, resolusi berkenaan boleh dibincangkan dan diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung Januari depan, sebelum dibawa sebagai mandat rasmi parti.
Menurutnya, langkah itu bertujuan menzahirkan keprihatinan serta rayuan ahli-ahli UMNO agar Najib diberikan pengampunan, selain disampaikan melalui saluran yang beradab serta berlandaskan Perlembagaan.
“Kita bukan mendesak, sebaliknya menyampaikan permohonan dan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong secara tertib serta mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika ditemui pada sesi Dialog Awam Veteran UMNO Selangor, Isnin.
Ahmad Maslan menjelaskan, Perhimpunan Agung UMNO merupakan platform tertinggi parti dan sebarang resolusi yang diluluskan membawa mandat jelas daripada ahli-ahli akar umbi di seluruh negara.
“Apabila resolusi diluluskan oleh Perhimpunan Agung, ia menjadi suara rasmi parti dan wajar disampaikan oleh Presiden UMNO sendiri,” katanya.
Mengulas sentimen akar umbi susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Najib menjalani baki hukuman penjara, beliau mengakui wujud kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan ahli, namun menegaskan emosi perlu diimbangi dengan pertimbangan rasional.
“Kalau ikut emosi memang kita marah, tetapi emosi tidak membawa ke mana. Kita perlu melihat implikasi politik terhadap kerajaan pusat dan negeri-negeri seperti Pahang, Perak dan Negeri Sembilan,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan, UMNO akan terus memperjuangkan pembebasan Najib, namun pada masa sama parti perlu memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.
“Sebab itu saya sebut, rasional mesti mengatasi emosi,” katanya.
Sebelum ini, beberapa ketua bahagian UMNO dilaporkan mendesak parti menilai semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan pelaksanaan Titah Adendum bagi menjalani tahanan rumah.
Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak permohonan tersebut yang berkaitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, sekali gus mengekalkan Najib menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
