Berita Berita
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
KUALA LUMPUR 2 April – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan tular mengenai kenaikan tarif elektrik bermula April ini.
Dalam kenyataan malam ini, TNB menjelaskan sebarang pelarasan kos elektrik ketika ini tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dilaksanakan dalam sektor tenaga sejak Julai 2025.
Menurut syarikat utiliti itu, maklumat yang tersebar berhubung kenaikan tarif berkenaan berpotensi mengelirukan orang ramai dan tindakan akan diambil dengan melaporkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut.
"Kadar AFA adalah berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing dan diselaraskan secara bulanan melalui pengesahan Suruhanjaya Tenaga (ST).
"TNB menegaskan sebarang perubahan berkaitan kadar AFA akan diumumkan secara rasmi oleh TNB melalui saluran sah, selain komited memastikan pengguna menerima maklumat tepat dan telus," katanya.
Dalam pada itu, TNB turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta merujuk hanya kepada pengumuman rasmi.
"Orang ramai perlu menyemak kesahihan kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan kekeliruan.
"Sebarang pertanyaan atau maklumat meragukan boleh disalurkan melalui mesej secara terus di Facebook TNB Careline dan platform X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke CareLine@myTNB.my," katanya.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
