Berita Ekonomi
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
KUALA LUMPUR 10 April – Bank Dunia mencadangkan Malaysia mempertimbangkan kenaikan semula harga petrol RON95 daripada RM1.99 kepada RM2.05 seliter bagi membantu mengurangkan beban subsidi kerajaan yang semakin meningkat.
Ketua Ahli Ekonomi bagi Malaysia, Apurva Sanghi berkata, pelarasan kuota di bawah skim BUDI95 baru-baru ini merupakan langkah ke arah yang betul, namun menegaskan subsidi bahan api masih bersifat regresif.
Menurutnya, golongan berpendapatan tinggi cenderung menggunakan lebih banyak bahan api berbanding had bulanan yang ditetapkan, sekali gus menikmati manfaat subsidi lebih besar.
“Jika keadaan global terus meruncing, perlu ada sedikit pelarasan sama ada melalui kuota atau harga,” katanya dalam taklimat media sempena laporan Malaysia Economic Monitor April 2026.
Beliau menjelaskan, kerajaan ketika ini mengekalkan harga bahan api rendah bagi mengelakkan kemerosotan permintaan, berbeza dengan negara seperti Thailand dan Filipina yang menyaksikan penggunaan terkawal susulan harga lebih tinggi.
Bagaimanapun, langkah mengekalkan harga rendah itu menyebabkan kos subsidi meningkat mendadak, daripada sekitar RM700 juta pada Januari kepada RM4 bilion pada April tahun ini.
Dalam usaha mengawal perbelanjaan, kerajaan sebelum ini mengurangkan kuota subsidi bulanan di bawah skim BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter.
Sementara itu, Apurva berpandangan tiada keperluan mendesak untuk melaksanakan rangsangan fiskal berskala besar termasuk subsidi tambahan kerana ia berpotensi meningkatkan tekanan inflasi.
Katanya, Malaysia ketika ini masih berada dalam kedudukan ekonomi yang kukuh dengan pertumbuhan stabil serta kadar inflasi yang terkawal.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
Keuntungan bersih Maybank naik 4.2 peratus kepada RM10.51 bilion pada TK2025
February 19, 2026, 2:21 pm
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
February 19, 2026, 12:18 pm
