Berita Ekonomi
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
KUALA LUMPUR 9 April – Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memberi jaminan akan terus mengutamakan kesinambungan bekalan bahan api di seluruh rangkaiannya susulan perkembangan terkini berkaitan situasi tenaga global.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan usaha sedang dipergiat bagi memastikan bekalan bahan api kekal konsisten di semua stesen minyaknya di seluruh negara.
Menurutnya, peningkatan permintaan secara mendadak mungkin berlaku dalam tempoh tertentu, sekali gus berpotensi menyebabkan gangguan bekalan sementara di beberapa lokasi.
“Kemungkinan terdapat peningkatan permintaan sementara yang boleh mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan dan akan terus berusaha memulihkan bekalan di stesen terjejas secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara sedang meneliti langkah strategik bagi memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga negara.
Antara pendekatan yang dipertimbangkan termasuk mempelbagaikan sumber input bahan api, memperluas kerjasama dengan negara dagang utama serta meningkatkan daya tahan sistem bekalan dalam menghadapi ketidaktentuan krisis tenaga global.
Kerajaan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh ketahanan bekalan bagi memastikan kestabilan pasaran domestik terus terpelihara.
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
