TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Ekonomi

Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 April – Malaysia terus mencatatkan perkembangan ekonomi yang memberangsangkan apabila dana global dilaporkan membeli lebih AS$2 bilion (kira-kira RM9.5 bilion) bon tempatan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa jumlah tersebut merupakan aliran masuk dana tertinggi dalam tempoh 10 bulan, sekali gus membuktikan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat.

Berucap pada majlis perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026 hari ini, beliau menegaskan bahawa Ringgit turut mengekalkan kedudukan sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia selama dua tahun berturut-turut selain pertumbuhan ekonomi negara yang mencecah 5.2 peratus tahun lalu.

Menurut beliau, pencapaian tersebut disokong oleh konsistensi kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dasar yang berdisiplin serta keupayaan negara menarik pelaburan berkualiti tinggi dalam sektor pembuatan, semikonduktor dan aeroangkasa.

Anwar menjelaskan bahawa kestabilan ekonomi negara membolehkan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur global kerana keupayaan menghasilkan produk yang benar-benar diperlukan dunia walaupun keadaan pasaran global pada masa ini dilihat sangat mencabar.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus komited melaksanakan pembaharuan ekonomi bagi memastikan momentum pertumbuhan ini kekal stabil dan memberikan manfaat jangka panjang kepada kemakmuran negara serta rakyat secara keseluruhannya.

+ - reset