Berita Dunia
18 maut, 19 cedera nahas babit bas, lori susu di India

LUCKNOW, India – Seramai 18 maut semantara 19 lagi cedera dalam nahas kemalangan membabitkan sebuah bas bertembung dengan lori membawa muatan susu di utara negeri ini, hari ini.
Pegawai Polis Kanan Daerah, Arvind Chaurasia berkata kemalangan berlaku di kawasan lebuh raya di daerah Unnao, Uttar Pradesh, kira-kira 500 kilometer (km) di tenggara Delhi.
Katanya, bas berkenaan dalam perjalanan dari Bihar ke New Delhi dan pihak polis sedang mengenal pasti jumlah penumpang di dalam bas terbabit.
"Penumpang cedera memaklumkan, pemandu bas memandu dengan cuai menyebabkan ia merempuh lori membawa muatan susu di lebuh raya," katanya.
Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam pada itu menyifatkan kemalangan berkenaan sebagai `menyayat hati'.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di India dengan kerajaan menganggarkan 168,000 kematian pada 2022.
Pada Mei lalu, sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke gaung di Kashmir. - REUTERS/AFP
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm