Berita Dunia
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
TEL AVIV 2 Mei - Selepas dilanda kebakaran hutan besar di kawasan tengah negara, Israel kini berdepan pula dengan fenomena ribut pasir kuat yang melanda wilayah selatan, terutamanya di Gurun Negev.
Menurut laporan portal Minanews, ribut pasir yang melanda sejak semalam menyebabkan jarak penglihatan menurun secara mendadak. Rakaman yang disiarkan Saluran 12 Israel menunjukkan bandar gurun Beersheba diselubungi debu tebal yang menjulang tinggi.
Satu lagi video tular memaparkan tentera Israel bergelut menutup pintu pagar Pangkalan Tentera Shivta ketika ribut melanda.
“Inilah keadaan Pangkalan Shivta di Negev malam ini dalam ribut pasir yang luar biasa kuat,” lapor saluran tersebut.
Sementara itu, kebakaran hutan di kawasan antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv masih belum terkawal, dengan angin kencang menyukarkan operasi pemadaman.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, telah mengisytiharkan darurat kebangsaan dan mengerahkan pasukan tentera untuk membantu usaha memadamkan kebakaran, terutama di kawasan berbukit sekitar Baitulmaqdis.
Dalam usaha mendapatkan bantuan antarabangsa, Israel dilaporkan telah menghubungi lebih 12 negara termasuk Britain, Perancis, Sweden, Sepanyol dan Argentina bagi mendapatkan sokongan logistik serta keupayaan pemadaman api dari udara. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
