Berita Dunia
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
MADRID 29 April – Kira-kira 50 juta penduduk di Eropah Barat terputus bekalan elektrik, menyebabkan Sepanyol dan Portugal terpaksa mengisytiharkan darurat, lapor portal berita The Mirror.
Insiden itu mencetuskan suasana panik apabila orang ramai membanjiri pasar raya, menyebabkan rak-rak kosong ketika sebahagian besar kawasan terpaksa menghadapi malam tanpa bekalan elektrik.
Bekalan terputus turut menjejaskan lapangan terbang utama di Madrid serta operasi kereta api bawah tanah, manakala lampu isyarat di bandar raya itu dilaporkan tidak berfungsi sekitar tengah hari. Di Lisbon, Portugal, perkhidmatan tren dihentikan sepenuhnya, selain gangguan kepada perkhidmatan jalur lebar, telefon talian tetap dan sistem 5G di kedua-dua negara.
Di Perancis, beberapa kawasan turut mengalami pemotongan kuasa, sementara syarikat penerbangan easyJet memaklumkan bahawa operasi di lapangan terbang Madrid, Barcelona dan Lisbon turut terjejas akibat gangguan tersebut.
Bagaimanapun, bekalan elektrik mula dipulihkan secara berperingkat di Sepanyol dan Portugal awal pagi ini.
Pengendali bekalan elektrik Portugal, REN, memaklumkan bahawa gangguan itu berpunca daripada kerosakan pada grid elektrik Sepanyol, yang dikaitkan dengan ‘fenomena atmosfera yang jarang berlaku’. REN menjelaskan suhu ekstrem di Sepanyol menyebabkan ‘ayunan anomali’ pada talian voltan sangat tinggi.
Memandangkan kerumitan masalah ini, REN menjangkakan rangkaian bekalan elektrik mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk kembali beroperasi sepenuhnya.
Selain Sepanyol dan Portugal, gangguan turut dilaporkan di beberapa kawasan di Belgium, Andorra dan Perancis. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
