Berita Berita
Wanita kritikal, melecur 70 peratus terkena renjatan elektrik akibat cuba curi kabel
SUNGAI PETANI 28 Jun – Tindakan nekad seorang wanita memecah masuk sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mencuri kabel membawa padah apabila dia kini dilaporkan kritikal selepas terkena renjatan elektrik bervoltaj tinggi dalam kejadian di Taman Ria Jaya, di sini semalam.
Dalam insiden yang berlaku pada lewat petang itu, mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti, mengalami kecederaan parah akibat melecur hampir 70 peratus pada keseluruhan bahagian badannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit dan siasatan awal mendapati terdapat unsur pencerobohan bagi tujuan jenayah di fasiliti milik TNB berkenaan.
"Siasatan awal di lokasi menunjukkan insiden tragis itu berpunca daripada tindakan wanita terbabit yang dipercayai cuba memotong dan mencuri kabel elektrik di dalam bilik pencawang tersebut sebelum sistem mengalami litar pintas dan merenjatnya.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital berdekatan dengan bantuan ambulans. Keadaannya kini dilaporkan sangat kritikal dan terpaksa ditidurkan oleh pihak perubatan bagi membolehkan rawatan intensif dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Hanyan, pihak polis setakat ini masih belum menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa atau di sekitar tempat kejadian.
Susulan itu, usaha giat dijalankan bagi mengesan ahli keluarga atau waris mangsa, di samping meneruskan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat yang mendatangkan bahaya.
Berita berkaitan
June 28, 2026, 8:49 am
'Saya sihat, hanya perlukan masa bertenang': Nor Afiza sudah hubungi polis
June 28, 2026, 8:14 am
Siasat buku 'Wanita Syurga': JAKIM pandang serius dakwaan salah tulis ayat al-Quran
June 27, 2026, 5:47 pm
PRN Johor: Populariti KJ jadi 'game changer', mampu lonjak kempen Onn Hafiz
June 27, 2026, 5:30 pm
'Formula KJ' jadi taruhan Onn Hafiz
June 27, 2026, 12:05 pm
Kerajaan kaji dasar reklamasi air negara demi tampung keperluan pusat data
June 27, 2026, 11:51 am
Onn Hafiz sedia berjuang habis-habisan hadapi saingan dua penjuru di DUN Machap
June 27, 2026, 10:37 am
Proses penamaan calon PRN Johor selesai, tempoh berkempen 14 hari bermula secara rasmi
June 27, 2026, 10:28 am
