Berita Dunia
Trump ditembak ketika beri ucapan kempen pilihan raya

BUTLER, PENNSYLVANIA 13 Julai - Kempen pilihan raya Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump gempar apabila pemimpin itu ditembak beberapa kali ketika menyampaikan ucapan pada Sabtu, kata Perkhidmatan Rahsia AS.
Bagaimanapun, Trump apabila dilihat berjaya mengelak tembakan itu dengan berlindung dengan pantas.
Menerusi video kejadian itu yang tular, Trump mengangkat tangan dan menutup telinga kanannya, sebelum anggota Perkhidmatan Rahsia AS datang mengerumuninya.
Kejadian berlaku ketika pemimpin Republikan itu baru memulakan ucapannya, menjadikan keadaan panik tercetus dalam kalangan penyokongnya yang hadir.
Ketika ejen Perkhidmatan Rahsia mengerumuninya dan video langsung menunjukkan darah di sebelah kanan muka dan telinga Trump.
Selepas menyedari ditembak, Trump dilihat memegang telinga kanan, kemudian menurunkan tangannya ke bawah, sebelum melutut untuk berlindung di belakang podium.
Situasi itu memaksa ejen Perkhidmatan Rahsia mengerumuni dan melindunginya, sebelum bangun kira-kira seminit kemudian, tanpa memakai topi merahnya tertera tulisan 'Make America Great Again'.
Perkhidmatan Rahsia dan pasukan kempen bekas Presiden itu mengesahkan Trump selamat selepas insiden di Butler, Pennsylvania itu, kira-kira 50 kilometer di utara Pittsburgh.
Penembak dilaporkan maut, begitu juga seorang penonton, sementara seorang lagi berada dalam keadaan kritikal, menurut seorang wartawan Washington Post di media sosial, memetik peguam daerah Butler County.
Identiti dan motif penembak belum diketahui.
Dalam reaksi segera, pemimpin Republikan dan Demokrat mengutuk keganasan itu.
Tembakan itu berlaku kurang empat bulan sebelum pilihan raya pada 5 November depan, apabila Trump akan berdepan persaingan semula bertemu Presiden Demokrat, Joe Biden.
"Presiden Trump berterima kasih kepada penguat kuasa undang-undang atas tindakan pantas mereka ketika kejadian keji ini. Beliau sihat dan sedang diperiksa di pusat perubatan tempatan. Butiran lanjut akan menyusul," kata jurucakapnya, Steven Cheung dalam satu kenyataan.
Ketika kejadian itu tercetus, Trump baru saja memulakan ucapannya, dan selepas berlindung selama kira-kira seminit di belakang podium, Ejen Perkhidmatan Rahsia membawanya ke kenderaan.
Trump dan Biden sekali lagi bersaing dalam pilihan raya tahun ini, dengan kebanyakan tinjauan pendapat menunjukkan kedua-dua calon itu mempunyai peluang seimbang.
Sementara itu, Biden dalam satu kenyataan berkata - "Tidak ada tempat untuk keganasan. - REUTERS.
#donaldtrump #tembak #kempen
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm