Berita Dunia
Mahkamah Agung Bangladesh batal sistem kuota pekerjaan

KUALA LUMPUR 22 Julai - Sebuah mahkamah tinggi Bangladesh pada Ahad telah membatalkan sebahagian besar keputusan untuk memperkenalkan semula sistem kuota perkhidmatan awam susulan protes besar-besaran membantah rancangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik BBC Bangla.
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta dengan lima peratus diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dan dua peratus kepada orang daripada kaum minoriti atau kurang upaya.
Sistem kuota asal memperuntukkan lebih daripada separuh pekerjaan sektor awam untuk kumpulan berkenaan.
Ia dilihat memihak kepada penyokong Perdana Menteri Sheikh Hasina dan Liga Awami.
Kuota yang lebih tinggi telah dibatalkan pada 2018 tetapi diperkenalkan semula oleh mahkamah lebih rendah bulan lepas, kata penyiar itu.
Lebih 100 orang terbunuh dalam keganasan yang tercetus pada Selasa, lapor BBC Bangla memetik akhbar Prothom Alo dan The Daily Star. - Bernama
#bangladesh #batal #kouta
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm