Berita Dunia
Jokowi mula kerja di ibu negara baharu, Nusantara, Ahad ini

JAKARTA 25 Julai - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan mula bekerja dari ibu negara baharu Indonesia, ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, Ahad ini.
Memetik laporan portal berita ANTARA, presiden dijadual merasmikan pembukaan tol dan memeriksa IKN, Ahad ini.
"Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Sekretariat Presiden sedang bersiap (memenuhi) semua keperluan presiden untuk mula bertugas di IKN," kata Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono, hari ini.
Hartono berkata, pihak istana dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam masih giat menyiapkan infrastruktur pejabat presiden di IKN termasuk keperluan perabotnya.
Bagaimanapun, Hartono tidak mendedahkan perincian sama ada Jokowi akan terus bekerja dari IKN atau akan berulang alik ke Jakarta untuk menguruskan kerajaan.
Selain menyiapkan Pejabat Presiden, Sekretariat Presiden juga sedang memuktamadkan persiapan menjelang peringatan ulang tahun Hari Kemerdekaan republik Indonesia ke-79 yang akan diadakan di dua lokasi iaitu IKN dan Jakarta.
Mengenai perincian rangkaian acara bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, Hartono berkata, kerajaan akan mengadakan sidang media pada penghujung Julai ini.
Setakat ini, katanya, mengikut rencana awal, sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia dimulakan dengan peringatan nasional pada 1 Ogos, kemudian diteruskan dengan agenda lain termasuk penghormatan yang diberikan Presiden Jokowi pada 15 Ogos.
Presiden sebelum ini berkata, beliau bersedia untuk mula bekerja dari IKN secepat mungkin, jika semua aspek yang diperlukan sudah dipenuhi.
Jokowi berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Presiden di Stadium Si Jalak Harupat, Daerah Bandung, Jawa Barat, 19 Julai lalu.
"Sebaik semuanya siap, saya akan mula bekerja dari IKN," katanya. - Agensi
#jokowi #kerja #nusantara
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm