Berita Dunia
Turkiye mungkin 'masuk' Israel misi bantu rakyat Palestin

ISTANBUL 29 Julai - Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh, walaupun beliau tidak menyatakan jenis campur tangan yang dicadangkan.
Presiden Turkiye itu menjadi pengkritik sengit perang Israel ke atas Gaza mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap memuji industri pertahanan negaranya.
“Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin.
“Sama seperti kami memasuki Karabakh, sama seperti kami memasuki Libya, kami mungkin melakukan perkara yang serupa dengan mereka,” kata Erdogan pada mesyuarat Parti AK yang memerintah di kampung halamannya di Rize.
"Tiada sebab mengapa kita tidak boleh melakukan ini... kita mesti kuat supaya kita boleh mengambil langkah-langkah ini," tambah Erdogan dalam pertemuan itu, yang disiarkan di televisyen.
Pada 2020, Turkiye menghantar anggota tenteranya ke Libya untuk menyokong Kerajaan Persetujuan Nasional Libya yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah yang mengetuai Kerajaan Perpaduan Nasional di Tripoli disokong oleh Turkiye.
Turkiye telah menafikan sebarang peranannya secara langsung dalam operasi ketenteraan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh, tetapi pada tahun lalu berkata, negara itu menggunakan "semua cara" termasuk latihan ketenteraan dan pemodenan untuk menyokong sekutu rapatnya. - Al Jazeera
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm