Berita Dunia
Pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh

DHAKA 7 Ogos - Pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh, Muhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihan negara itu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan rasmi pada petang Selasa.
Keputusan yang disahkan oleh setiausaha akhbar presiden, Joynal Abedin dicapai dalam satu mesyuarat yang melibatkan Presiden Mohammad Shahabuddin, ketua angkatan tentera dan pemimpin Gerakan Pelajar Antidiskriminasi Bangladesh.
Pada petang Selasa, 13 penyelaras gerakan itu melawat kediaman rasmi presiden untuk membincangkan situasi dan rangka kerja kerajaan sementara dengan Shahabuddin.
Kemudian, ketua angkatan tentera darat, laut dan udara turut serta.
Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat selepas perbincangan antara Shahabuddin, penyelaras dan pemimpin tentera.
Sheikh Hasina meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melarikan diri ke negara jiran, India pada Isnin. Kabinet dibubarkan sejurus selepas itu.
Berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara.
Pada Selasa, Shahabuddin turut membubarkan Parlimen negara itu. - Bernama-Anadolu
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm