Berita Dunia
Ancaman keganasan, konsert 3 hari Taylor Swift di Vienna dibatalkan

VIENNA 8 Ogos - Tiga persembahan Taylor Swift di Vienna dibatalkan, menurut penganjur lewat Rabu selepas dua suspek ditahan kerana didakwa merancang serangan pengganas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu minggu ini diumumkan oleh Barracuda Music menerusi hantaran di Instagram.
Ia dibuat beberapa jam selepas penguatkuasa undang-undang Austria mengumumkan bahawa dua individu ditahan kerana disyaki merancang serangan, termasuk di konsert Swift.
Pengarah keselamatan awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf berkata bahan kimia telah dirampas daripada seorang warga Austria berusia 19 tahun.
Polis bimbang tentang kemungkinan adanya bahan letupan, telah mengambil langkah awal dengan mengosongkan rumah-rumah dan rumah penjagaan.
Menurut polis, suspek ditahan pada pagi Rabu di bandar Ternitz, 75 kilometer ke barat daya Vienna.
Seorang lagi individu ditahan pada petang yang sama di Vienna. Polis bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. - Bernama-dpa
Berita berkaitan
May 2, 2025, 11:07 am
Dilanda ribut pasir selepas kebakaran hutan, Israel isytihar darurat
April 29, 2025, 11:33 am
Gangguan bekalan elektrik besar landa Eropah Barat, Sepanyol, Portugal, darurat diisytihar
April 24, 2025, 12:50 pm
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm